Wednesday, March 5, 2014

Anggur Oh Anggur !

Bismillah. Harapnya korang masih lagi setia nak membaca nukilan hati ambo ni. Hehe. Aku sekarang ni masih pekebun anggur yang berjaya. Dah banyak anggur yang berjaya aku ` ternakkan’.  aku ni? Intro pun dah melalut bukan-bukan. =,= Maklumlah, sejak bergelar penganggur, macam-macam istilah dah keluar. Bergurau. Hope u don’t mind lah. Iyalah.

While waiting for the SPM  results announcement pun,  aku bukannya totally duduk rumah mengahadap pintu pagar rumah ja. Bukannya  bangun tidur pukul 10, ambik brunch, tengok tv, kemas rumah, tengok tv, sidai kain, tengok laptop, makan, malam tido. Sori, okay. Bukan yang tu je. Korang ingat larat aku nak buat itu aja, sepanjang 3 bulan ni. The word is `sorry, no!’. Hehe.

Alhamdulillah, dengan 3 bulan ini jugak, Allah bagi aku macam-macam peluang untuk aku dapat pengalaman hidup baru. Iya  lah aku kan dah 18. Ahah. Kau hado? Sori atas kebanggaan aku. Aku harap story-mory pengalaman yang aku dapat ni pun dapat bagi korang sedikit sebanyak inspirasi dan harapan. Mungkin, ada yang mencari-cari, nak buat apa dalam masa berbaki ni. dan mungkin jugak, story aku ni langsung tak membantu korang. moga dijauhkan Allah la. at least dapatlah sedikit. Eheh :D walaupun idea aku ni takda lah hebat mana kalau nak dibanding dgn kengkawan laen yang experience diorang jauh lebih gempak tahap tera. Aku apa ada? Daaah~ pasrah pulak.

Aku dan cikgu?

Korang rasa kalau dilihat pada diri aku, ada tak ciri-ciri seorang guru yang berwawasan, optimistik, minda kelas pertama. Jawapannya, mesti ‘tidak’ kan? Jauh lagi tu. Walaupun aku hanya diberi peluang selama 2 minggu untuk menjadi guru ganti. Sumpah, aku cakap, pengalamannya is totally and exactly different. Menjadi pelajar yang hanya duduk di meja dan kerusi dan menjadi guru yang perlu berjalan dan berdiri adalah tak sama. Menjadi pelajar yang tentu ada waktu rehat dan pulang dan menjadi guru yang waktu istirahat dan pulangnya tidak tetap sudah pasti tak sama.

Naknak pulak aku ganti time minggu sukan sekolah. Memang aku syok lah. Sebab tak banyak masuk kelas nak mengajar. Tapi, yang tak best nya, aku juga kena jadi setiausaha sukan ni. Hua hua hua. Kau hado? Hanya Tuhan dan orang yg mengalami saja yang tahu. Alaaa~ bunyi macam berat sangat ja. Gedikss! Whatever. The point is~

korang pernah kan tak puas hati dengan cikgu korang walaupun sikit?
korang pernah kan tak cakap dengan cikgu korang sebab dia marah?
pernah kan tarik muka sebab bagi kertas exam lambat?
pernah kan muncung mulut sebab tak bagi markah extra kat korang padahal kawan korang boleh?

Nasihat aku yang tak berapa nak betul sangat ni. Hargailah cikgu-cikgu korang sebab korang tak akan pernah dapat fahami cikgu-cikgu tu melainkan korang sendiri berada dalam situasi mereka. Percaya cakap aku. Apa yang korang nampak tu sebenarnya sebahagian kecil ja tugas seorang guru. Aku yang guru ganti ja pun balik rumah pukul 6 lebih, balik rumah terus terlentang atas katil, apatah lagi guru lain yang ada family, nak kena layan anak-anak, nak masak dan etc. Siap ada waktu nak qiam lagi. Aku salute dengan guru-guru aku. T_T

Panjang pulak aku membebel. Btw, aku harap point yang aku bawak ni sampai la kat korang. Kesimpulannya, cuba lah menjadi seorang guru kalau anda nak menjadi pelajar yang berjaya . okey.

aku pun taktahu kenapa aku fanatik dengan uhud padahal aku bukan guru rumah. haha.
maybe, sebab nak tuntut tahun lepas punya meh~ ngahaha

Aku dan Penganjur?

Dan dalam masa tengah tunggu anggur aku masak ranum, aku pun turut dikasi peluang untuk menjadi sebahagian daripada organiser bagi satu program batch aku ni. Actually, program ni dah tertangguh dekat 2 bulan lebih. Huhu. At last, Allah izinkan jugak. Program dinner batch. Aku percaya yang sekolah-sekolah lain dah banyak kali buat mende alah ni. Kami ja yang baru terhegeh-hegeh nak buat ni. Kasar kan bahasa aku. Maaf. Hehe :D

Aku dilantik menjadi AJK Tempat untuk dinner kami ni. Nak tak nak memang aku dan 2 banat akhawat lain yang kena setel dulu kerja kami ni sebab tanpa ada ketentuan tempat, takkan ada ketentuan bajet perbelanjaan, ketetapan makanan dan blab la bla. So,  memang banyak halangan. Ni yang nak menyanyi nih. Di sekelilingmu ada dinding-dinding yang menghalangi dan menghadangi dan laut-laut yang menghampari. Pulak dah aku ni. Lalutnya bukan-bukan.

Lastly, Alhamdulillah dengan perancangan yang hampir 5 minggu ni, kesemuanya berjalan dengan lancar. Huhu~ moga Allah kira itu sebagai amal baik kami untuk agama ni. InshaAllah. Moga Dia Redha. Aamiin. Oleh sebab a picture worth a thousand words, maka dengan rasminya aku membiarkan gambar yang berbicara. Dipersilakan.



ayuh! mari kita berselfie. idea aku yang senget. 

barisan bekas pengawas batch aku. 

banin  ikhwah yang hadir


akhawat yang hadir

Aku dan Konsultan?

Apa yang korang tahu tentang konsultan? Sultan ja yang korang tahu. Eheh. Takda lah konsultan ni lebih kurang macam pakar perunding. Ataupun yang aku nak maksudkan ni ialah perunding motivasi. Hah. Takyah nak motivasi sangatlah.  Lagaknya macam aku kena handle slot yang 3-4 jam. Bunyinya macam grand gitu. Eheh :D Sekejap aja pun.  Plus, bukannya aku sorang, ada lagi kengkawan lain. Buat terok buleh. Hihi.

First, slot ice breaking and team building untuk kursus kepimpinan SMAI.  Hah! Mahu pecah kepala aku memikiorkan benda apa yang nak dibuat. Maklumlah deme tu kepimpinan. Deme dah banyak handle slot macam ni untuk adik-adik deme. So, aku takmo lah buat benda sama ja. Mula-mula, gamenya nama KERUSI SIAPA? Keduanya nama APOLLO SIAPA? Ketiga, SALAH SIAPA?.  Keempat GAYA SIAPA? Nampak macam baru reka ja nama-nama game tu. Hoho~ Alhamdulillah semuanya berjalan licin aja. Licin pun buleh. Haha.

suhail buat muka cute bulleh. eheh :D 

banat berusaha dalam slot APOLLO SIAPA?

Perkara yang aku belajar ialah, nak tak nak memang kita akan dipilih oleh Allah untuk menjadi pemimpin kalau Allah kehendaki benda tu. Pffftt!  You know what? Korang dah pun menjadi pemimpin tanpa korang sedari.  Khalifah. Yup! Ada orang tertanya. Kalau betul  kita semua ni khalifah, kenapa sahabat Nabi Muhammad S.AW.  digelar khulafa arrasyidiin. cukuplah diorang itu sebagai khalifah. Kita ni bukan. Jawapnya ialah Allah tidak turunkan al-quran tu untuk sahabat-sahabat nabi itu ja. Untuk seluruh umat Islam. Justeru perintah dalamnya itu untuk seluruh umat Islam. Harapnya fahamlah.


Sori, aku ni takda lah expert sangat dalam bab-bab ni, tapi apa yang aku mampu dan tahu, aku tulislah. huhu. ni post yang kedua dalam laman baru aku ni. tahukah anda? lagi 15 hari result espiyem bakal menerpa. hanya Allah yang mengetahui. moga kita tabah untuk menerimanya. kita hanya berdoa. InshaAllah.


lastly, buat teman, sahabat, kawan, junior, dan teammate debat aku ni. Happy 17th Birthday! Semoga terus dilimpahi rahmat dan BarakahNya. Aamiin :) 

Wednesday, January 8, 2014

Permulaan.

Dengan nama-Nya. Aku mula. 

Maaf, dengan tiba-tiba saja, korang terpaksa 'open in new tab' gara-gara aku pindah ke blog baru. Sebenarnya, tujuan aku pindah ke blog ini pun, biarlah aku sorang saja yang tahu. saspens ? 

simpan rasa saspens tu. alhamdulillah, dapat juga menulis kat sini. tahukah korang? aku dah lama tak menulis ni sejak bulan Julai tahun lepas sebab espiyem. alhamdulillah, espiyem. taknak sebut dah perkataan tu. 

espiyem dah banyak ajar aku. banyak.  kalau bagi yang dah pernah experience tu, tahu ja lah. kalau yang belum espiyem tu, bon chance aku ucapkan. korang rasakan sendiri betapa 'nikmat' nya espiyem itu. dan betapa 'nikmat'nya espiyem tamat. Fuh!

biarlah ini sebagai permulaan. permulaan yang lebih kepada persediaan diri dalam menuju kematangan yang hakiki. wah, ayat! kau mampu? tak adalah. hanya Dia yang mengetahui. moga Dia redha. Amin. 

baru berapa hari. takkan dah tak boleh hidup tanpa mereka. undeniable feeling. sangat rindu fasa terakhir study dengan mereka. struggle tahap giga. makan kertas. kini, moga mereka bahagia. kerja atau belajar atau menganggur? pilihan sendiri, asal bermanfaat.

aku mampu. ;)

assalamualaikum.