Bismillah. Harapnya korang masih lagi setia nak membaca
nukilan hati ambo ni. Hehe. Aku sekarang ni masih pekebun anggur yang berjaya.
Dah banyak anggur yang berjaya aku ` ternakkan’. aku ni? Intro pun dah melalut bukan-bukan. =,= Maklumlah, sejak bergelar
penganggur, macam-macam istilah dah keluar. Bergurau. Hope u don’t mind lah.
Iyalah.
While waiting for the
SPM results announcement pun, aku bukannya totally duduk rumah mengahadap
pintu pagar rumah ja. Bukannya bangun
tidur pukul 10, ambik brunch, tengok tv, kemas rumah, tengok tv, sidai kain,
tengok laptop, makan, malam tido. Sori, okay. Bukan yang tu je. Korang ingat
larat aku nak buat itu aja, sepanjang 3 bulan ni. The word is `sorry, no!’. Hehe.
Alhamdulillah, dengan 3 bulan ini jugak, Allah bagi aku
macam-macam peluang untuk aku dapat pengalaman hidup baru. Iya lah aku kan dah 18. Ahah. Kau hado? Sori atas kebanggaan aku. Aku harap story-mory
pengalaman yang aku dapat ni pun dapat bagi korang sedikit sebanyak inspirasi dan
harapan. Mungkin, ada yang mencari-cari, nak buat apa dalam masa berbaki ni. dan mungkin jugak, story aku ni langsung tak membantu korang. moga dijauhkan Allah la. at least dapatlah sedikit. Eheh
:D walaupun idea aku ni takda lah hebat mana kalau nak dibanding dgn kengkawan
laen yang experience diorang jauh lebih gempak tahap tera. Aku apa ada? Daaah~ pasrah pulak.
Aku dan cikgu?
Korang rasa kalau dilihat pada diri aku, ada tak ciri-ciri
seorang guru yang berwawasan, optimistik, minda kelas pertama. Jawapannya,
mesti ‘tidak’ kan? Jauh lagi tu. Walaupun aku hanya diberi peluang selama 2
minggu untuk menjadi guru ganti. Sumpah, aku cakap, pengalamannya is totally
and exactly different. Menjadi pelajar yang hanya duduk di meja dan kerusi dan
menjadi guru yang perlu berjalan dan berdiri adalah tak sama. Menjadi pelajar
yang tentu ada waktu rehat dan pulang dan menjadi guru yang waktu istirahat dan
pulangnya tidak tetap sudah pasti tak sama.
Naknak pulak aku ganti time minggu sukan sekolah. Memang aku
syok lah. Sebab tak banyak masuk kelas nak mengajar. Tapi, yang tak best nya,
aku juga kena jadi setiausaha sukan ni. Hua hua hua. Kau hado? Hanya Tuhan dan
orang yg mengalami saja yang tahu. Alaaa~
bunyi macam berat sangat ja. Gedikss! Whatever. The point is~
korang pernah kan tak
puas hati dengan cikgu korang walaupun sikit?
korang pernah kan tak cakap dengan cikgu korang sebab dia marah?
pernah kan tarik muka sebab bagi kertas exam lambat?
pernah kan muncung mulut sebab tak bagi markah extra kat korang padahal kawan
korang boleh?
Nasihat aku yang tak berapa nak betul sangat ni. Hargailah
cikgu-cikgu korang sebab korang tak akan pernah dapat fahami cikgu-cikgu tu
melainkan korang sendiri berada dalam situasi mereka. Percaya cakap aku. Apa
yang korang nampak tu sebenarnya sebahagian kecil ja tugas seorang guru. Aku
yang guru ganti ja pun balik rumah pukul 6 lebih, balik rumah terus terlentang
atas katil, apatah lagi guru lain yang ada family, nak kena layan anak-anak,
nak masak dan etc. Siap ada waktu nak qiam lagi. Aku salute dengan guru-guru
aku. T_T
Panjang pulak aku membebel. Btw, aku harap point yang aku
bawak ni sampai la kat korang. Kesimpulannya, cuba lah menjadi seorang guru
kalau anda nak menjadi pelajar yang berjaya . okey.
maybe, sebab nak tuntut tahun lepas punya meh~ ngahaha
Aku dan Penganjur?
Dan dalam masa tengah tunggu anggur aku masak ranum, aku pun
turut dikasi peluang untuk menjadi sebahagian daripada organiser bagi satu
program batch aku ni. Actually, program ni dah tertangguh dekat 2 bulan lebih. Huhu.
At last, Allah izinkan jugak. Program dinner batch. Aku percaya yang
sekolah-sekolah lain dah banyak kali buat mende alah ni. Kami ja yang baru
terhegeh-hegeh nak buat ni. Kasar kan
bahasa aku. Maaf. Hehe :D
Aku dilantik menjadi AJK Tempat untuk dinner kami ni. Nak tak
nak memang aku dan 2 banat akhawat lain yang kena setel dulu kerja kami ni
sebab tanpa ada ketentuan tempat, takkan ada ketentuan bajet perbelanjaan,
ketetapan makanan dan blab la bla. So, memang banyak halangan. Ni yang nak menyanyi
nih. Di sekelilingmu ada dinding-dinding
yang menghalangi dan menghadangi dan laut-laut yang menghampari. Pulak dah
aku ni. Lalutnya bukan-bukan.
Lastly, Alhamdulillah dengan perancangan yang hampir 5
minggu ni, kesemuanya berjalan dengan lancar. Huhu~ moga Allah kira itu sebagai
amal baik kami untuk agama ni. InshaAllah. Moga Dia Redha. Aamiin. Oleh sebab a
picture worth a thousand words, maka dengan rasminya aku membiarkan gambar yang
berbicara. Dipersilakan.
ayuh! mari kita berselfie. idea aku yang senget.
barisan bekas pengawas batch aku.
akhawat yang hadir
Aku dan Konsultan?
Apa yang korang tahu tentang konsultan? Sultan ja yang
korang tahu. Eheh. Takda lah konsultan ni lebih kurang macam pakar perunding. Ataupun
yang aku nak maksudkan ni ialah perunding motivasi. Hah. Takyah nak motivasi sangatlah.
Lagaknya macam aku kena handle slot yang 3-4 jam. Bunyinya macam grand
gitu. Eheh :D Sekejap aja pun. Plus,
bukannya aku sorang, ada lagi kengkawan lain. Buat terok buleh. Hihi.
First, slot ice breaking and team building untuk kursus
kepimpinan SMAI. Hah! Mahu pecah kepala
aku memikiorkan benda apa yang nak dibuat. Maklumlah deme tu kepimpinan. Deme dah
banyak handle slot macam ni untuk adik-adik deme. So, aku takmo lah buat benda
sama ja. Mula-mula, gamenya nama KERUSI SIAPA? Keduanya nama APOLLO SIAPA? Ketiga,
SALAH SIAPA?. Keempat GAYA SIAPA? Nampak
macam baru reka ja nama-nama game tu. Hoho~ Alhamdulillah semuanya berjalan
licin aja. Licin pun buleh. Haha.
suhail buat muka cute bulleh. eheh :D
banat berusaha dalam slot APOLLO SIAPA?
Perkara yang aku belajar ialah, nak tak nak memang kita akan
dipilih oleh Allah untuk menjadi pemimpin kalau Allah kehendaki benda tu. Pffftt!
You know what? Korang dah pun menjadi
pemimpin tanpa korang sedari. Khalifah. Yup!
Ada orang tertanya. Kalau betul kita semua ni khalifah, kenapa sahabat Nabi Muhammad
S.AW. digelar khulafa arrasyidiin. cukuplah
diorang itu sebagai khalifah. Kita ni bukan. Jawapnya ialah Allah tidak
turunkan al-quran tu untuk sahabat-sahabat nabi itu ja. Untuk seluruh umat
Islam. Justeru perintah dalamnya itu untuk seluruh umat Islam. Harapnya
fahamlah.
Sori, aku ni takda lah expert sangat dalam bab-bab ni, tapi
apa yang aku mampu dan tahu, aku tulislah. huhu. ni post yang kedua dalam laman baru aku ni. tahukah anda? lagi 15 hari result espiyem bakal menerpa. hanya Allah yang mengetahui. moga kita tabah untuk menerimanya. kita hanya berdoa. InshaAllah.
lastly, buat teman, sahabat, kawan, junior, dan teammate debat aku ni. Happy 17th Birthday! Semoga terus dilimpahi rahmat dan BarakahNya. Aamiin :)