“ Baiklah, saya sebenarnya dah buntu fikir cara yang boleh kita guna untuk tarik lebih ramai pembaca majalah kita ni” keluh Tengku Rezqi Fahmi sambil melirikkan matanya ke seluruh kakitangannya.
Keadaan membisu seketika. Senyap. Tiada reaksi yang
kelihatan.
“En Tengku Fahmi, cadangan saya ni macam teruk sikit. Tapi, boleh
rasanya. apa kata kalau kita jadikan perempuan perempuan yang seksi dan
mengghairahkan sebagai kulit depan majalah kita” celah Arman memecah kesunyian
dalam bilik mesyuarat itu sambil tersengih sengih.
Walaupun agak terpana dengan jawapan balas Arman, Tengku
Fahmi menyambut baik cadangan yang diberikan. Malah, dia turut memuji cadangan
yang bernas dari Arman. Tersenyum Tengku Rezqi Fahmi bin Tengku Iskandar,
pemilik Rezqi Publications Sdn Bhd itu.
Namun, Tengku Fahmi masih belum berpuas hati. Dia terus
meminta cadangan. Kali ini, makin ramai yang cuba untuk memberi buah fikiran
masing masing termasuklah Intan. Dia berusaha menampakkan dirinya dalam
pandangan majikannya itu. Malangnya, dia tidak diendahkan oleh Tengku Fahmi.
Dia terpaku. Kini Tengku Fahmi
menghalakan pandangannya kepada Khairil, rakan baiknya sejak sekolah.
“saya rasa okey juga kalau kita cuba konsep baru yang lebih mengikut
arus trend terkini. Sebab saya rasa golongan sasaran kita pun banyak daripada
golongan muda” terus Khairil melontarkan cadangannya apabila dipandang oleh Tengku Fahmi. Cadangan itu terus melebarkan senyuman Tengku Fahmi, menandakan beliau sangat
berpuas hati dengan cadangan itu.
Mana tidaknya, Khairil merupakan rakan baiknya yang memang
dikenali dengan otak geliga dan idea idea bernas sejak bangku sekolah. Sebab itu
lah Tengku Fahmi menawarkan jawatan Pegawai Kanan Pemasaran syarikat itu
selepas Khairil menamatkan pengajiannya di Switzerland dalam bidang Bisnes dan
Perusahaan.
Jam sudah menunjukkan pukul 12:15 tengahari, menerjah ke
waktu rehat. Cadangan demi cadangan yang diterima oleh Tengku Fahmi, namun
cadangan terakhir dari Intan agak mengejutkan semua yang ada di situ. Bukannya mereka
terkejut disebabkan cadangan itu, namun terkejut disebabkan tindakan Tengku
Fahmi. Beliau terus menghalang dan memotong cadangan Intan apabila baru dua
tiga patah perkataan yang dikeluarkan oleh Intan.
“Macam ada yang tidak kena antara Fahmi dan Intan” getus
Khairil di dalam hatinya.
Mesyuarat terus ditamatkan bagi memberi masa untuk rehat. Semuanya
cepat cepat keluar dari bilik itu. Ketika Intan mahu melangkah keluar, suara
majikan itu terus memanggilnya, meminta
dia untuk duduk. Hanya mereka berdua ketika itu.
“semalam, aku suruh kau buat apa sebelum kau balik?” tanya
Tengku Fahmi dengan nada serius. Intan tertunduk tidak berani memandang mata
majikannya. Perlahan lahan Intan menjawab dengan suara yang serak serak basah “semalam
bos minta saya siapkan kertas kerja untuk projek mega majalah kita, kan ?”
“Ya! Memang itu yang aku minta kau buat. Dan, tahniah sebab
kau buat siap akhirnya” jawab Tengku Fahmi dengan nada sinis. Intan menghela
nafas lega.
“Tapi tak banyak effort yang kau letak, wahai cik Intan”
bisik Tengku Fahmi ke telinga Intan. Intan mula tidak berasa selesa. Tangan Tengku
Fahmi mula menjalar ke pergelangan tangan Intan. Intan terdiam. Terpana. Tak tahu
nak buat apa buat seketika. Tangannya diramas oleh Tengku Fahmi. Lantas, dia
terus mengalih tangannya sambil air mata mula mengalir ketakutan.
“haha. Kenapa kau perlu takut, sedangkan memang betul ini
salah kau” tanya Tengku Fahmi dengan nada angkuh Kali ini, beliau berjalan jalan di keliling
Intan lalu menyentuh bahu Intan dari belakang. Intan terkejut. Membisu.
Tidak tahan dengan tindakan majikannya itu, Intan terus
meninggalkan bilik mesyuarat itu sambil menekup mukanya yang penuh dengan
linangan air mata kerana telah diperlakukan sedemikian. Itu bukan yang pertama
kali. Sudah banyak kali Tengku Fahmi memperlakukan sedemikian rupa terhadap
kakitangan wanita yang ada.
********************************************************
Malam itu, Intan terpaksa berjaga malam menyiapkan kerja
sekolah Matematik Tambahan yang diberikan oleh Cikgu Kamil Saari, cikgu
bermisai lebat yang sinonim dengan pembaris kuning panjang. Sedang Intan menekan kalkulator milik ayahnya,
dia terdengar bunyi ketukan pintu depan. Intan terus menerpa ke arah pintu
untuk menyambut ayahnya pulang dari bekerja di Stesen Bas Puduraya. Namun,
tekaannya meleset apabila pintu dibuka. Susuk tubuh seorang lelaki mula
kelihatan. Mukanya bertutup dan memakai sweater kelabu.
Intan terus bertindak menghayun pintu untuk ditutup. Malangnya,
langkah lelaki itu lebih cepat. Pintu itu ditendang dan terhempas ke dinding
membuatkan Intan tersungkur di depan pintu itu. Intan panik dan cuba untuk
membina langkah. Namun, lelaki tersebut terlebih dahulu mencengkam baju Intan
dari belakang dan mencampakkan Intan ke atas tilamnya. Mulut, tangan, dan kaki
Intan semuanya diikat kasar oleh lelaki tersebut. Intan tidak boleh berbuat apa
apa. Hanya rasa berserah yang ada dalam jiwa. Dia terpaksa serahkan segalanya. Segalanya.
Kepada lelaki binatang itu.
Kelam. Gelap.
********************************************************************
“Toktoktok!” bunyi ketukan pintu. Tersedar Tengku Fahmi dari
kesibukan menyiapkan slaid pembentangan projek mega majalah syarikat itu. “Masuk”
tegas Tengku Fahmi melontarkan suaranya.
Intan memasuki ruang pejabat majikannya itu dengan
menundukkan pandangan matanya dari melihat wajah Tengku Fahmi. “ada apa bos
panggil saya ?”
“Oh, ini aku nak bagi bayaran gaji kau bulan ni dan 2 bulan
lepas” jawab Tengku Fahmi sambil mengeluarkan sampul surat berwarna putih
kepada Intan. Intan teruja. Mana tidaknya, hampir 3 bulan gajinya dibekukan
oleh majikannya itu tanpa ada sebab yang munasabah.
“Tapi, bos. Boleh saya tanya sikit. Kenapa bayaran saya
sentiasa tak meningkat walaupun banyak kali juga saya buat OT. Elaun tambahan
pun saya tak dapat” tanya Intan sambil mengentel- ngentel sampul surat yang dia
dapat.
“ Hmmm. Hahahaha. Kau mimpi ke apa? Nak gaji tinggi tapi
kerja kau ala kadar ja. Tak ada pun kerja kau yang pernah nak mengimpresskan
aku.” Jawab Tengku Fahmi sambil gelak gelak besar.
“Tapi, bos tak adil. Macamana Arman dan Khairil boleh dapat
bayaran lebih tinggi daripada saya padahal saya lagi lama bekerja di sini. Diorang
pun baru masuk terus dapat jawatan tinggi?” Intan memberanikan diri meninggikan
suaranya.
Tengku Fahmi terperanjat dengan reaksi Intan yang tampak
begitu marah sekali. Tapi, beliau tidak mengalah. “Aaahhh! Kau apa tahu. Dahh. Keluar
dari bilik aku! Serabut lah! Keluarr.” Beliau menjerit dengan begitu lantang
sekali. Intan berjalan keluar tidak berpuas hati persoalaannya masih belum
terjawab.
Intan sudah tidak tahan dilayan
sebegitu di syarikat tersebut. Intan terduduk di ruang kerjanya memikirkan cita
citanya untuk menjadi penulis terkenal. Namun, sekarang impiannya itu berkubur
begitu sahaja. Dia perlu berbuat sesuatu. Ya! Perlu.
Mesej masuk melalui Samsung Galaxy Note 4 milik Tengku Fahmi
yang baru dilancarkan beberapa bulan lepas. Walaupun sibuk meneliti kulit depan
baru majalah syarikat itu, Tengku Fahmi terus membaca paparan mesej itu.
Bos, ada klien nak jumpa dengan bos dekat Tasik Titiwangsa
sekarang. Katanya ada hal yang penting.
Tengku Fahmi meneliti penghantar mesej itu. ‘Intan’ tertera
di bahagian atas paparan mesej itu. Tengku Fahmi berasa aneh. Jika ada
temujanji dengan sebarang klien, Intan akan memberitahunya sehari sebelum
temujanji tersebut. Tapi, ini tidak.
“Ahh!”, beliau menepis tanggapan anehnya itu. “Customer is
always right” beliau cuba untuk menjadi positif dengan kata kata prinsip
hidupnya itu. Tengku Fahmi melangkah keluar dari ibu pejabat Rezqi Productions
Sdn Bhd dengan menaiki BMW 5 Series peninggalan arwah ayahnya menuju ke Tasik
Titiwangsa.
Beliau terpaksa mengelilingi tasik itu dua kali setelah
sampai di sana kerana susuk tubuh Intan tidak kelihatan. Tapi, nasib baik Tengku
Fahmi ternampak kelibat Intan di tempat duduk di pinggiran tasik itu. Beliau segera
mendekati Intan. “Intan, kau duduk mana tadi hah?” tanya Tengku Fahmi dengan
agak tercungap cungap kerana kepenatan. “dah, mana klien kita. Tadi kata nak
jumpa.” Tengku Fahmi bertanya lagi. Kali kedua, persoalan beliau tidak mendapat
sebarang jawapan daripada Intan.
Intan menundukkan kepalanya. Kedua dua tangannya di
belakang.
“Intan! Aku cakap dengan kau ni! Mana klien kita?” pekik
Tengku Fahmi tidak puas hati.
“Hoi kau bisu ke apa? “ jeritan Tengku Fahmi lebih kuat dari
tadi.
“Bingo!” ucap Intan sambil menghalakan sepucuk pistol tepat ke
arah Tengku Fahmi.
Suasana tegang tadi mula bertambah tegang. Tengku Fahmi
terpaku. Kelu. Membisu. Terkejut dengan tindakan Intan.
“Woh, apa yang kau buat ni Intan? Kau gila ke apa? Turunkan pistol
tu” pinta Tengku Fahmi dengan nada yang cemas.
“Memang aku gila. Gila tak tahan dengan sikap kau, binatang!”
pekik Intan sambil menggenggam erat pistol tersebut.
“Kau ingat perempuan macam
aku ni apa? Sampah? Anak patung? Anjing? Yang kau senang senang nak guna, main,
tindas macam tu?” jerit Intan menanyakan soalan sebegitu kepada Tengku Fahmi
yang terdiam di hadapannya. Air mata turut meluncur laju dari mata Intan.
Tengku Fahmi mencari helah untuk menundukkan Intan. Otaknya terus
mencari langkah tepat.
“Jawablah soalan aku, bodoh! Kenapa kau senyap?” Intan terus
mengasak.
“Er, Intan, serius aku minta maaf dengan kau. Semua tu aku
buat tak sengaja Intan. Aku minta maaf Intan!” pinta Tengku Fahmi dengan
menangis teresak esak penuh penyesalan. Beliau terus melutut di hadapan Intan
sambil mengangkat kedua dua tangannya.
“Kau ingat aku nak percaya dengan kata kata lelaki tak guna
macam kau! Sudah lah”
Dussshhhhtt!
Bunyi tembakan memenuhi ruang angkasa Tasik Titiwangsa itu. Suasana
senyap seketika. Ibarat telah terhenti masa.
Tengku Fahmi rebah di hadapan Intan. Intan masih berdiri
tegak dan memegang pistol tersebut. Dia menggigil ketakutan. Tak tahu apa yang
harus dibuat. Pistol tersebut dilepaskan. Dan, akhirnya dia juga turut rebah.
-TAMAT-
ini adalah cerpen rekaan pertama aku. mohon komen untuk penambahbaikan. kisah ini diinspirasikan daripada filem pendek yang aku dan teammate aku buat untuk projek Law and Society. :)