Monday, January 5, 2015

Cerpen - Rebah



“ Baiklah, saya sebenarnya dah buntu fikir cara yang boleh kita guna untuk tarik lebih ramai pembaca majalah kita ni” keluh Tengku Rezqi Fahmi sambil melirikkan matanya ke seluruh kakitangannya.

Keadaan membisu seketika. Senyap. Tiada reaksi yang kelihatan.

“En Tengku Fahmi, cadangan saya ni macam teruk sikit. Tapi, boleh rasanya. apa kata kalau kita jadikan perempuan perempuan yang seksi dan mengghairahkan sebagai kulit depan majalah kita” celah Arman memecah kesunyian dalam bilik mesyuarat itu sambil tersengih sengih.

Walaupun agak terpana dengan jawapan balas Arman, Tengku Fahmi menyambut baik cadangan yang diberikan. Malah, dia turut memuji cadangan yang bernas dari Arman. Tersenyum Tengku Rezqi Fahmi bin Tengku Iskandar, pemilik Rezqi Publications Sdn Bhd itu.

Namun, Tengku Fahmi masih belum berpuas hati. Dia terus meminta cadangan. Kali ini, makin ramai yang cuba untuk memberi buah fikiran masing masing termasuklah Intan. Dia berusaha menampakkan dirinya dalam pandangan majikannya itu. Malangnya, dia tidak diendahkan oleh Tengku Fahmi. Dia terpaku.  Kini Tengku Fahmi menghalakan pandangannya kepada Khairil, rakan baiknya sejak sekolah.

“saya rasa okey juga kalau kita cuba konsep baru yang lebih mengikut arus trend terkini. Sebab saya rasa golongan sasaran kita pun banyak daripada golongan muda” terus Khairil melontarkan cadangannya apabila dipandang oleh Tengku Fahmi. Cadangan itu terus melebarkan senyuman Tengku Fahmi, menandakan beliau sangat berpuas hati dengan cadangan itu.

Mana tidaknya, Khairil merupakan rakan baiknya yang memang dikenali dengan otak geliga dan idea idea bernas sejak bangku sekolah. Sebab itu lah Tengku Fahmi menawarkan jawatan Pegawai Kanan Pemasaran syarikat itu selepas Khairil menamatkan pengajiannya di Switzerland dalam bidang Bisnes dan Perusahaan.

Jam sudah menunjukkan pukul 12:15 tengahari, menerjah ke waktu rehat. Cadangan demi cadangan yang diterima oleh Tengku Fahmi, namun cadangan terakhir dari Intan agak mengejutkan semua yang ada di situ. Bukannya mereka terkejut disebabkan cadangan itu, namun terkejut disebabkan tindakan Tengku Fahmi. Beliau terus menghalang dan memotong cadangan Intan apabila baru dua tiga patah perkataan yang dikeluarkan oleh Intan.

“Macam ada yang tidak kena antara Fahmi dan Intan” getus Khairil di dalam hatinya.

Mesyuarat terus ditamatkan bagi memberi masa untuk rehat. Semuanya cepat cepat keluar dari bilik itu. Ketika Intan mahu melangkah keluar, suara majikan  itu terus memanggilnya, meminta dia untuk duduk. Hanya mereka berdua ketika itu.

“semalam, aku suruh kau buat apa sebelum kau balik?” tanya Tengku Fahmi dengan nada serius. Intan tertunduk tidak berani memandang mata majikannya. Perlahan lahan Intan menjawab dengan suara yang serak serak basah “semalam bos minta saya siapkan kertas kerja untuk projek mega majalah kita, kan ?”

“Ya! Memang itu yang aku minta kau buat. Dan, tahniah sebab kau buat siap akhirnya” jawab Tengku Fahmi dengan nada sinis. Intan menghela nafas lega.

“Tapi tak banyak effort yang kau letak, wahai cik Intan” bisik Tengku Fahmi ke telinga Intan. Intan mula tidak berasa selesa. Tangan Tengku Fahmi mula menjalar ke pergelangan tangan Intan. Intan terdiam. Terpana. Tak tahu nak buat apa buat seketika. Tangannya diramas oleh Tengku Fahmi. Lantas, dia terus mengalih tangannya sambil air mata mula mengalir ketakutan.

“haha. Kenapa kau perlu takut, sedangkan memang betul ini salah kau” tanya Tengku Fahmi dengan nada angkuh  Kali ini, beliau berjalan jalan di keliling Intan lalu menyentuh bahu Intan dari belakang. Intan terkejut. Membisu.

Tidak tahan dengan tindakan majikannya itu, Intan terus meninggalkan bilik mesyuarat itu sambil menekup mukanya yang penuh dengan linangan air mata kerana telah diperlakukan sedemikian. Itu bukan yang pertama kali. Sudah banyak kali Tengku Fahmi memperlakukan sedemikian rupa terhadap kakitangan wanita yang ada.


********************************************************


Malam itu, Intan terpaksa berjaga malam menyiapkan kerja sekolah Matematik Tambahan yang diberikan oleh Cikgu Kamil Saari, cikgu bermisai lebat yang sinonim dengan pembaris kuning panjang.  Sedang Intan menekan kalkulator milik ayahnya, dia terdengar bunyi ketukan pintu depan. Intan terus menerpa ke arah pintu untuk menyambut ayahnya pulang dari bekerja di Stesen Bas Puduraya. Namun, tekaannya meleset apabila pintu dibuka. Susuk tubuh seorang lelaki mula kelihatan. Mukanya bertutup dan memakai sweater kelabu.

Intan terus bertindak menghayun pintu untuk ditutup. Malangnya, langkah lelaki itu lebih cepat. Pintu itu ditendang dan terhempas ke dinding membuatkan Intan tersungkur di depan pintu itu. Intan panik dan cuba untuk membina langkah. Namun, lelaki tersebut terlebih dahulu mencengkam baju Intan dari belakang dan mencampakkan Intan ke atas tilamnya. Mulut, tangan, dan kaki Intan semuanya diikat kasar oleh lelaki tersebut. Intan tidak boleh berbuat apa apa. Hanya rasa berserah yang ada dalam jiwa. Dia terpaksa serahkan segalanya. Segalanya. Kepada lelaki binatang itu.

Kelam. Gelap.



********************************************************************


“Toktoktok!” bunyi ketukan pintu. Tersedar Tengku Fahmi dari kesibukan menyiapkan slaid pembentangan projek mega majalah syarikat itu. “Masuk” tegas Tengku Fahmi melontarkan suaranya.

Intan memasuki ruang pejabat majikannya itu dengan menundukkan pandangan matanya dari melihat wajah Tengku Fahmi. “ada apa bos panggil saya ?”

“Oh, ini aku nak bagi bayaran gaji kau bulan ni dan 2 bulan lepas” jawab Tengku Fahmi sambil mengeluarkan sampul surat berwarna putih kepada Intan. Intan teruja. Mana tidaknya, hampir 3 bulan gajinya dibekukan oleh majikannya itu tanpa ada sebab yang munasabah.

“Tapi, bos. Boleh saya tanya sikit. Kenapa bayaran saya sentiasa tak meningkat walaupun banyak kali juga saya buat OT. Elaun tambahan pun saya tak dapat” tanya Intan sambil mengentel- ngentel sampul surat yang dia dapat.

“ Hmmm. Hahahaha. Kau mimpi ke apa? Nak gaji tinggi tapi kerja kau ala kadar ja. Tak ada pun kerja kau yang pernah nak mengimpresskan aku.” Jawab Tengku Fahmi sambil gelak gelak besar.

“Tapi, bos tak adil. Macamana Arman dan Khairil boleh dapat bayaran lebih tinggi daripada saya padahal saya lagi lama bekerja di sini. Diorang pun baru masuk terus dapat jawatan tinggi?” Intan memberanikan diri meninggikan suaranya.

Tengku Fahmi terperanjat dengan reaksi Intan yang tampak begitu marah sekali. Tapi, beliau tidak mengalah. “Aaahhh! Kau apa tahu. Dahh. Keluar dari bilik aku! Serabut lah! Keluarr.” Beliau menjerit dengan begitu lantang sekali. Intan berjalan keluar tidak berpuas hati persoalaannya masih belum terjawab.

Intan sudah tidak tahan dilayan sebegitu di syarikat tersebut. Intan terduduk di ruang kerjanya memikirkan cita citanya untuk menjadi penulis terkenal. Namun, sekarang impiannya itu berkubur begitu sahaja. Dia perlu berbuat sesuatu. Ya! Perlu.


Mesej masuk melalui Samsung Galaxy Note 4 milik Tengku Fahmi yang baru dilancarkan beberapa bulan lepas. Walaupun sibuk meneliti kulit depan baru majalah syarikat itu, Tengku Fahmi terus membaca paparan mesej itu.

Bos, ada klien nak jumpa dengan bos dekat Tasik Titiwangsa sekarang. Katanya ada hal yang penting.

Tengku Fahmi meneliti penghantar mesej itu. ‘Intan’ tertera di bahagian atas paparan mesej itu. Tengku Fahmi berasa aneh. Jika ada temujanji dengan sebarang klien, Intan akan memberitahunya sehari sebelum temujanji  tersebut. Tapi, ini tidak.

“Ahh!”, beliau menepis tanggapan anehnya itu. “Customer is always right” beliau cuba untuk menjadi positif dengan kata kata prinsip hidupnya itu. Tengku Fahmi melangkah keluar dari ibu pejabat Rezqi Productions Sdn Bhd dengan menaiki BMW 5 Series peninggalan arwah ayahnya menuju ke Tasik Titiwangsa.

Beliau terpaksa mengelilingi tasik itu dua kali setelah sampai di sana kerana susuk tubuh Intan tidak kelihatan. Tapi, nasib baik Tengku Fahmi ternampak kelibat Intan di tempat duduk di pinggiran tasik itu. Beliau segera mendekati Intan. “Intan, kau duduk mana tadi hah?” tanya Tengku Fahmi dengan agak tercungap cungap kerana kepenatan. “dah, mana klien kita. Tadi kata nak jumpa.” Tengku Fahmi bertanya lagi. Kali kedua, persoalan beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada Intan.

Intan menundukkan kepalanya. Kedua dua tangannya di belakang.

“Intan! Aku cakap dengan kau ni! Mana klien kita?” pekik Tengku Fahmi tidak puas hati.

“Hoi kau bisu ke apa? “ jeritan Tengku Fahmi lebih kuat dari tadi.


“Bingo!” ucap Intan sambil menghalakan sepucuk pistol tepat ke arah Tengku Fahmi.

Suasana tegang tadi mula bertambah tegang. Tengku Fahmi terpaku. Kelu. Membisu. Terkejut dengan tindakan Intan.

“Woh, apa yang kau buat ni Intan? Kau gila ke apa? Turunkan pistol tu” pinta Tengku Fahmi dengan nada yang cemas.

“Memang aku gila. Gila tak tahan dengan sikap kau, binatang!” pekik Intan sambil menggenggam erat pistol tersebut. 

“Kau ingat perempuan macam aku ni apa? Sampah? Anak patung? Anjing? Yang kau senang senang nak guna, main, tindas macam tu?” jerit Intan menanyakan soalan sebegitu kepada Tengku Fahmi yang terdiam di hadapannya. Air mata turut meluncur laju dari mata Intan.

Tengku Fahmi mencari helah untuk menundukkan Intan. Otaknya terus mencari langkah tepat.

“Jawablah soalan aku, bodoh! Kenapa kau senyap?” Intan terus mengasak.

“Er, Intan, serius aku minta maaf dengan kau. Semua tu aku buat tak sengaja Intan. Aku minta maaf Intan!” pinta Tengku Fahmi dengan menangis teresak esak penuh penyesalan. Beliau terus melutut di hadapan Intan sambil mengangkat kedua dua tangannya.

“Kau ingat aku nak percaya dengan kata kata lelaki tak guna macam kau! Sudah lah”

Dussshhhhtt!

Bunyi tembakan memenuhi ruang angkasa Tasik Titiwangsa itu. Suasana senyap seketika. Ibarat telah terhenti masa.

Tengku Fahmi rebah di hadapan Intan. Intan masih berdiri tegak dan memegang pistol tersebut. Dia menggigil ketakutan. Tak tahu apa yang harus dibuat. Pistol tersebut dilepaskan. Dan, akhirnya dia juga turut rebah.


-TAMAT-


ini adalah cerpen rekaan pertama aku. mohon komen untuk penambahbaikan. kisah ini diinspirasikan daripada filem pendek yang aku dan teammate aku buat untuk projek Law and Society. :)


No comments:

Post a Comment