Sunday, January 4, 2015

kerinduan aku

Hi assalamualaikum 

*tutup tutup muka dengan buku* maaf kalau aku dah lama gegilos tahap terabyte tak update belog ni. Maaf sesangat ya. huhu.  Aku sanggup bagi 3662 jambangan bunga ros putih merah atas silap aku dengan Black Forest Magnum (tipuh!) hahaha. Eh! Beriya-iya aku mintak maaf ni, betul ke ada orang yang menanti nanti post aku.. Entah- entah perasan ja lebih. Jauh panggang daripada api. peh! pedih. huhu. 

Dengan Jalan Itu (baca : by the way) bila sudah hidup meningkat dewasa ni, haruslah hidup juga menjadi kesuntukan masa. Lagi lagi bila sudah bergelar pelajar universiti. Eh. Bajet T_T haha. Takde lah. Maka, bila duduk di universiti ni juga, mulalah nak campak belakang (baca : throwback) zaman zaman hingusan dulu di bangku sekolah. Betullah, orang cakap ‘kita ni akan menghargai sesuatu bila benda tu sudah tiada depan mata’. Tepat sekali.

Aku ingat lagi bila aku mula mula darjah satu hari pertama sekolah. Kononnya awal awal tu jantan la sangat. Kental ! tak nangis turun dari kereta, galas beg, masuk kelas. Bila duduk dalam kelas, tenung-tenung mencari muka mak aku dari celah celah tingkap. Tak jumpa. Mula lah empangan air mata pecah perlahan demi perlahan. Tengok tengok mak aku tengok dari celah tingkap belah satu lagi. Okey. Tahan balik air mata. Aduh! Pedih bila teringat balik. Wahaha.

Tapi bukan itu yang aku nak jaja. Lebih baik kalau aku kongsikan apa perkara yang paling aku rindukan di sekolah iaitu


          
Famili kedua aku.

Entah kenapa benda ni yang aku letak sebagai benda yang paling dirindui, sebab benda ni la bagi aku yang membuatkan horizon aku lebih luas dan terbuka espeseli dalam menghadapi dunia yang kian mencabar ni. Kalau aku nak sorot balik macamana aku boleh terjebak dengan famili ni, memang tak cukup satu malam nak membaca *padahal aku yang malas tulis. Haha.

*************************************************************************

MOMEN 1

Selalunya kami latihan mula lepas maghrib sampai pukul 11:30 paling lambat. Paling banyak pun 2 kali sidang. Tapi ada satu malam tu, entah kenapa trainer sekali dengan beberapa orang waktu tu gigih nak buat latihan cara marathon. Maka dengan keterpaksaan yang memuncak ibarat Gunung Berapi Yokishima terpaksalah aku. Maka, jawapannya ialah dari jam 0800 malam sehingga lah 0400 pagi kena buat latihan. Pergh! Kelopak mata ni hanya Allah yang tahu naik turun ibarat meter kereta lama. okey. hambar.  Haha.


*************************************************************************

MOMEN 2

Kalau nak dikira jugak bila aku duduk dalam keluarga ni, banyak kali jugak kena cubit espeseli dengan seorang ibu muda kami. Sakitnya bukan kepalang. Bisa yang menyengat! Huhu. Itu lah nasibnya kalau makan tumpah tumpah, bilik seminar tak kemas lepas latihan. Haha. Tragis dan sadis tapi itu yang manis. Sebab akhirnya itu lah menyebabkan aku ingat sampai sekarang. Ibu muda yang cubit cubit itu jugak akhirnya yang akan bagi nasihat terus dekat kami dengan cara dia. Apakah caranya? Biarlah rahsia. Hehe. Dia la yang ingatkan kami istiqamah dengan solat dhuha, surah al-fath dan solat hajat.





*************************************************************************

MOMEN 3 (paling panjang)

ini tahun 2014 punya cerita, aku dah habis sekolah dah. Tapi aku kena jadi pengiring dan driver kereta yang kami sewa untuk junior junior aku pergi pertandingan debat junior dekat Batu Pahat. Khamis pagi aku pergi sekolah naik bas sekolah yang pernah aku naik waktu tingkatan 5, bas Pak Cik Talib. Kemudian aku pun turun bas dan tunggu di sekolah sampai la malam. Sebab kami bertolak jumaat pagi esoknya.

Tapi! Tapi tapi. Telefon aku hilang. Tak ingat letak mana. Tapi apa yang aku ingat kali terakhir aku pegang telefon dalam bas Pak Cik Talib tu. Aku nak telefon tanya dia tapi nombor dia dalam telefon aku yang hilang tu dan takda sorang pun waktu tu yang ada nombor dia. Pergh! Nak taknak aku kena pegi rumah dia. Jadi, macamana aku nak pergi ambik telefon aku tu. Jadi, aku ambil keputusan untuk tunggu kereta yang kami sewa. Bila kereta tu dah sampai, aku ambik dan ajak syaiful dan suhail pergi rumah Pak Cik Talib dekat Kepala Batas nak ambil balik telefon tu. Bila aku sampai rumah dia. Aku tanya dia. “ pakcik ada nampak tak telefon Xperia X8 warna putih dalam bas pakcik.” “oh, tu telefon hang ka? Pak Cik dah bagi pada ayah hang waktu pakcik pergi kedai ayah hang petang tadi.”

Terpaksalah aku pergi kedai ayah jumpa ayah nak ambil telefon tu. Semestinya aku mengharapkan telefon ada pada ayah sebab malam dah lewat. Bila sampai kedai ayah, “ayah, tadi ada pakcik Talib hantar telefon tak dekat kedai ayah?” “ada ada. Dia hantar petang tadi tapi ayah bawak balik bagi dekat mak. Sebab mak kata nak pergi sekolah kamu malam ni nak hantar makanan sikit sebelum kamu bertolak esok”.

Pergh! Pulak dah! Aku yang dari sekolah pergi Kepala Batas,  Mak aku pulak dari Kepala Batas pergi Sekolah. Pastu acano ?


Nantikan sambungannya.



Ceh! Tak adalah. Kita sambung.

Lepas tu, aku dah gelak gelak penat dengan syaiful dan suhail bercerita tentang perjalanan kami yang takda halatuju ni. Bila aku nak lalu depan Sekolah Menengah Kepala Batas, tiba tiba radio macam dengar samar samar je, kereta semakin perlahan dan enjin perlahan-lahan mati secara tiba. Aku pun berhenti tepi jalan. Aku cuba ‘start’ kereta dua tiga kali. Pulak dah! Rosak ke hape? Adus! Bertambah pedih. Nak menjerit pun ada. Huhu.

Syaiful ada bagi cadangan “ apa kata kita keluar dari kereta, dan kita masuk dalam kereta ibarat tiada apa yang terjadi dengan bahagia sekali” kami pun ikutlah cadangan si epul walaupun bunyinya agak ting tong. Haha. Tapi tetap tak berhasil. Aduh. Ada juga terfikir nak telefon Muallimah Dzilal dan Muallimah Zaimah (guru penasihat kelab) tapi diorang ada di USM kelas Master diorang. Taknak bagi diorang risau. Entah. Lepas tu semua tersenyap dan kaku. Buntu.

10 minit jugak mencari solusi, Alhamdulillah tetiba ayah aku datang. Dia dalam perjalanan nak balik rumah ternampak kereta kami ni tersadai tepi jalan. Kami cuba la juga untuk hidupkan kereta termasuk lah guna ‘jumper’ untuk caskan bateri kereta tapi tetap tak boleh. Kereta tu memang kena hantar bengkel. Tapi mana ada bengkel bukak malam malam lewat tu. Jadi, kami putuskan untuk biarkan kereta tu di situ. Ayah aku telefon mak aku untuk ambik kami pergi sekolah balik. Dalam kereta tu, wajiblah mak aku memberi sepatah dua kata. Eheh. Boleh bayangkan kan sepatah dua tu macamana ya. Mana taknya. Ulang alik mak aku dari rumah ke sekolah. Bukannya dekat. Sampai di sekolah pukul 12 tgh malam. Dan, kereta tu akhirnya dihantar ke bengkel  pada esok paginya. Kami bertolak ke Johor pun lambat. Dan, kami pasukan terakhir yang sampai di Batu Pahat tu. Hahah.


Mesej nya adalah jangan pernah tersilap langkah dalam menjalani hidup. Tengoklah disebabkan telefon yang tercicir, apa yang telah terjadi. Hahaha. Tak adalah. Bila difikirkan balik, Alhamdulillah sangat kereta tu rosak malam tu, kalau lah kereta tu rosak masa dalam perjalanan ke Johor tak ke susah nak mencari mekanik tengah tengah lebuhraya. Nak tutup tutup muka lagi, malu orang lalu tengok. Hahaha.

Itu lah antara momen momen yang aku takkan lupa bila duduk dalam keluarga ni. Sumpah pengalaman sebegini aku takkan lupa. Banyak lagi momen yang belum dicerita kalau diikutkan ‘kunci jatuh lubang jamban, order makanan harga RM70’ dan banyak lagi. Tapi bagi aku biarlah ini disimpan dalam diari hati. Gitcheww! Haha.  







moga bermanfaat. assalamualaikum

No comments:

Post a Comment